Thursday 27 December 2012

awak buat saya cair :)

salam semua :) geli pulak bila tengok kat tajuk tu kan,hihi..alaaa saja je pun tulis pasal bnda ni ,bukan salah pun , umor pun dah 20  akak oi , korang pun takyah tipu aa ,mmg kat hati tu dah list pun kan lelaki2 y bakal buad hati awak2 ni cair , euuww , ha3,makin lagi hujung2 tahun ni dok melayan kenduri kawen jak keja, bahagia sgt hidup dorang kan ,jelesnya huhu..so dalam otak mesti asyik terfikir pasal lelaki idaman , pastu terus masuk mood berangan dan mood perasaan ! *terus teringat kat someone* Bukan ape, semenjak dua menjak ni , sy baru perasan , sya suka tgk lelaki *dari physically *ade gigi sulai a.k.a gigi bertindih , aww...cute sesangat,macam dye ni.. comel jep ^_^ !


satu lg , rata-rata llki y sy pernah admire *mcm ramai jep padahal baru 2 orang..ha3*mesti badan dy tinggi,kurus,then kulit dy sawo matang . Ya Allah..memag test aku mcmni ke?terima je lah hakikat akak tirah oi..ha3 , paling gilerr boleh2 sy tertarik tgok part mulut+hidung dye yang kecik comel jepp , eh2..bnde macam tu pon ambik kira kah?tak semestinya perlu kaya, hensem, ade kete, ade rumah, ade kije tetap dan lain-lain , asalkan bila sy tengok muka dy manis je..dan ada satu perkara yang betol-betol buat sy melt dan rasa sangat bahagia. Walaupun maybe pada orang lain perkara itu kecil tapi besar sebenarnya pada kite.i don't need a good face pun sebab sy pun bukanla cun melecun , sebab good face pun bukan menjanjikan kebahagiaan , asal muka tu cam sedapppp je dipandang , pastu kalau senyum terus cair macam aiskrim , nyum ! hahah .


ok ! tu baru fizikal dorang,y lain pulak , of course aa nak yang baik -baik , yang terima sy seadanya ,boleh mmbimbing kita,solat 5 waktu,giler2 [satu kepala aa ngan sy] tp harus matang,caring,hormat org tua,bertolak-ansur,bukan dari golongan PENIPU ha3,x mengongkong,simple,cool,sempoi [ini penting],lucu !


Susahkan nak cari mcm apa y kita nak.Kalau ada pun belum tentu lg dia suka kt kita,dan mesti ada satu kekurangan dy,ha3..Actually sy x kesah pun, asal lelaki tu  buad kita bahagia,pun ok dah :)

Monday 24 December 2012

Tips Muet Speaking ^^


Task B 
Agree
· I agree with you. (NOT: I’m agree.)
· That’s a great idea!
· I see your point!
· That’s an interesting perspective.
· I like your suggestion.
· Indeed!
· I concur with your point of view.
Disagree
· I’m sorry but I disagree.(NOT: I’m not agree)
· I’m afraid I have to disagree with your idea.
· I don’t see eye to eye with you.
· That’s not a good idea/suggestion.
· I beg to differ
Interrupting
· Excuse me, may I interrupt please.
· I’d like to add something please.
· May I say something?
· Could you please hear me out.
· Pardon me but could I add something please.
Questioning
· So what do you think, Candidate X?
· How about your point of view?
· Candidate X, would you like to give us your opinion?
· Does anyone agree with me?
· Why don’t we consider the other points?
· I don’t understand, can you please repeat?
· Any suggestions?
Concluding
· In conclusion, ALL OF US agree that…
· To conclude, MOST OF US agree that…
· In a nutshell, SOME OF US agree that…while SOME OF US prefer…
· As time is running out, it seems that ALL OF US CAN’T AGREE on which option is the best because each point has many advantages and disadvantages.

Dear Atirah :)

Dear Myself, I love you more daily. I wish you could see yourself the way i see you and i wish you love myself the way i love you, and above all, wish your life is everything you deserve because in my opinion you deserve the world. I will stand by you forever, my heart will always belong to you :)

Sunday 24 June 2012

Study last minute

Ni antara tips belajar disaat akhir/last minit yang sya sendiri amalkan.
  • Bertenang
Rileks, jangan gelabah tak tentu pasal. Panik tidak membawa apa-apa faedah. Salah diri sendiri jugak siapa yang suruh study last minit? Lepas bertenang, buat penilaian terhadap subjek-subjek atau bab-bab yang perlu dipelajari. Sya selalunya mengutamakan subjek yang agak berat dulu.
  • Tumpukan Bab-Bab Penting
Bila belajar last minit ni biasanya tak sempat nak study semua bab. Seeloknya study bab-bab yang penting dulu. Keutamaan harus diberikan kat bab-bab penting ni. Kalau ada masa sy akan study bab-bab yang lain. Kalau tak sempat juga sya akan baca sekali imbas saja ikut kesesuaian.
Saat darurat macam ni highligter sangat berguna. Highligh semua isi-isi utama. Senang sikit mata nak nampak isi-isi utama tu.
  • Buat Nota Ringkas
sy pun tak pasti sama ada amalan buat nota ringkas bila study last minit ni betul atau pun tidak. Tapi itulah yang sya buat. Nota tu biar ringkas dan padat. Kalau boleh gunakan rajah atau gambar. Nak lagi best gunakan pen yang warna-warna untuk buat nota tu lebih menarik.
  • Rehat Secukupnya
Kita ni manusia bukannya robot. Badan kita perlukan rehat. Otak kita pun perlukan rehat. Berehat sekejap lepas belajar dalam satu tempoh yang lama. Bila dah study lama dan tak dapat-dapat nak faham, mungkin otak kita sudah lesu. Jadi seeloknya berehat dulu.

Pernah dengar atau terbaca tak pasal benda ni? Otak akan memindahkan maklumat yang diperolehi dari memori jangka pendek ke memori jangka panjang waktu kita tidur. Atas sebab ni selalunya aku suka tidur lepas study tapi bila belajar waktu malam aja la. saya x suka tidur siang sebab sy rasa buang masa ja kn.
P/s:nampak sgt la time2 exam baru nak study..haha,.satu lagi..jgn lupa jaga pemakanan n bagi yang muslim..tawakal+usaha...insyaAllah berjaya :D

Monday 20 February 2012

Lagu "Gloomy Sunday"...lagu kematian??

Satu cerita diruangan x-file majalah mastika keluaran bulan Julai 2011 yang tajuknya berbunyi "Lagu Maut Gloomy Sunday"... Berdasarkan dari tajuknya pun dah ramai termasuk saya sendiri tentunya terfikir apakah yang misteri sangat lagu maut ni..brdebar2 juga sy mau bca bah...tgk tajuk pun sdah bikin sy seram..huahuaa...
Al-kisaahhhh....


Misteri lagu berjudul "Gloomy Sunday" yang dicipta oleh seorang penggubah lagu bernama Reszo Seress yang berketurunan Hungary  masih belum terungkai lagi sehingga ke hari ini. Semuanya bermula pada tahun 1932 di mana Resza Seress berimpian menjadi terkenal dalam dunia muzik di Paris tidak kesampaian kerana semua lagu ciptaannya tidak mendapat perhatian dari penerbit muzik di negara itu. Reszo Seress tidak berputus asa demi mencapai impiannya namun masalah mula timbul apabila tunangnya meminta agar Reszo Seress mencari kerja tetap yang menjamin masa depan.


Pada hari ahad yang bersejarah pertengkaran hebat antara Seress dan tunangnya telah berlaku berhubung kerjayanya mengundang perpisahan di antara mereka disulami dendam dan benci di antara satu sama lain. Selepas pertengkaran tersebut Seress duduk di hadapan piano di rumahnya sambil merenung langit menerusi tingkap. Cuaca yang mendung ketika itu mula bertukar suasana apabila hujan mulai turun. “Ahad yang suram,” Seress berkata sendiri sambil memetik piano dan jarinya mula memainkan melodi seolah-olah mencerminkan kekecewaan yang dirasakan sewaktu berpisah dengan tunangnya. “Ya! Ahad yang suram (Gloomy Sunday)! Itu akan menjadi tajuk lagu baru aku,” kata Suress sendirian dengan gembira. Dia mencapai pensel lalu menulis nota muzik dan selesai menggubah lagu itu dalam masa 30 minit. 



Kemudiannya Seress telah menghantar lagu barunya itu kepada seorang penerbit muzik dan berharap lagu kali ini akan diterima. Beberapa hari kemudian, lagu itu dikembalikan dengan nota penolakan yang mengatakan melodi Gloomy Sunday terlalu menyedihkan dan mereka tidak dapat menerimanya. Seterusnya lagu itu dihantar kepada penerbit lain dan kali ini ia diterima. Penerbit berkenaan memberitahu Seress bahawa lagunya akan diedarkan ke seluruh dunia dan ini cukup menggembirakan Seress. Namun beberapa bulan selepas Gloomy Sunday disiarkan berlaku kejadian aneh yang semuanya dikaitkan dengan lagu berkenaan.



Insiden Pertama

Di Berlin, seorang lelaki meminta lagu Gloomy Sunday dimainkan dan kemudian dia kembali ke rumah lalu menembak kepalanya selepas mengadu amat tertekan dengan melodi lagu itu yang sentiasa bermain di dalam fikirannya. 

Insiden Kedua

Seminggu kemudian di bandar sama seorang pembantu kedai wanita ditemui tergantung di rumahnya. Polis yang menyiasat kes itu menemui salinan lagu Gloomy Sunday di dalam bilik tidur gadis itu.

Insiden Ketiga 

Seorang setiausaha muda di New York telah membunuh diri. Pada nota yang ditemui dia meminta agar lagu Gloomy Sunday dimainkan pada hari pengebumiannya. 

Insiden Keempat

Beberapa minggu kemudian seorang lagi penduduk New York berusia 82 tahun membunuh diri dengan melompat dari tingkat tujuh pangsapurinya selepas memainkan lagu Gloomy Sunday dengan piano. Tidak lama kemudian seorang remaja di Rome yang mendengar lagu itu membunuh diri dengan melompat dari jambatan. 

Insiden Kelima

Sebuah akhbar melaporkan kes seorang wanita di utara London yang memainkan lagu berkenaan sebanyak 78 kali tanpa henti di rumahnya sehingga menakutkan dan menaikkan kemarahan jirannya. Mereka mengetuk rumah wanita berkenaan tetapi tiada sebarang jawapan. Mereka akhirnya memecah masuk ke dalam rumah itu dan mendapati wanita berkenaan sudah meninggal dunia. 

Insiden Keenam

Kematian demi kematian aneh yang dikaitkan dengan Gloomy Sunday memaksa pegawai atasan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melarang lagu itu dimainkan. Keanehan itu turut dirasakan penggubahnya, Seress. Dia kemudiannya telah menulis surat kepada bekas tunangnya agar mereka berbaik semula. Namun beberapa hari kemudian dia menerima berita mengejutkan apabila polis memberitahu tunangnya membunuh diri dengan meminum racun. Di sisi mayatnya salinan lagu Gloomy Sunday ditemui. 

Pada akhir 1930-an, apabila dunia memerangi Adolf Hitler lagu berkenaan telah dilupakan. Salinan lagu ini masih boleh didapati tetapi tidak ramai berani mendengarnya selepas mengetahui sumpahannya. Namun insiden tidak berhenti di situ sahaja apabila beberapa tahun kemudian ianya berlaku sekali lagi.

Insiden Ketujuh

Januari 1968, selepas 35 tahun berlalu kini giliran Reszo Seress menjadi mangsa. Dia gagal membunuh diri dengun terjun dari bangunan. Tidak lama kemudian dia ditemui mati gantung diri dengan menggunakan wayar di hospital.

Insiden Kelapan


Tahun 1997, Billy Mackenzie penyanyi yang merakam lagu Gloomy Sunday pada tahun 1982 juga mati membunuh diri di rumah ayahnya.Lagu Gloomy Sunday ini juga dijadikan soundtrack dari sebuah filem yang cukup popular ketika itu. Filem itu mempunyai tajuk yang sama dengan lagu tersebut. Filem Gloomy Sunday mengisahkan sebuah hubungan segitiga seorang wanita pemilik restoran di Hungaria. Selain itu ada pihak mendakwa apabila lagu Gloomy Sunday ini dimainkan secara instrumen saja pendengarnya akan tertidur dan mengalami mimpi buruk. Di negara asal Reszo Seress iaitu Hungaria telah melarang keras lagu Gloomy Sunday disiarkan kerana telah meyebabkan peningkatan kes bunuh diri di negara tersebut. Kini lagu Gloomy Sunday mempunyai pelbagai versi dan penyanyi yang mendendangkan lagu itu namun tiada siapa mahu mendengar lagu asal Gloomy Sunday ini kerana takut akan sumpahannya.





Lirik yang asli..
Szomorú Vasárnap
(dalam Bahasa Hungaria)

Szomorú vasárnap száz fehér virággal
Vártalak kedvesem templomi imával
Álmokat kergető vasárnap délelőtt
Bánatom hintaja nélküled visszajött
Azóta szomorú mindig a vasárnap
Könny csak az italom kenyerem a bánat...

Szomorú vasárnap

Utolsó vasárnap kedvesem gyere el
Pap is lesz, koporsó, ravatal, gyászlepel
Akkor is virág vár, virág és - koporsó
Virágos fák alatt utam az utolsó
Nyitva lesz szemem hogy még egyszer lássalak
Ne félj a szememtől holtan is áldalak...

Utolsó vasárnap

Gloomy Sunday
(dalam Bahasa Inggris)

Gloomy Sunday with a hundred white flowers
I was waiting for you my dearest with a prayer
A Sunday morning, chasing after my dreams
The carriage of my sorrow returned to me without you
It is since then that my Sundays have been forever sad
Tears my only drink, the sorrow my bread...

Gloomy Sunday

This last Sunday, my darling please come to me
There'll be a priest, a coffin, a catafalque and a winding-sheet
There'll be flowers for you, flowers and a coffin
Under the blossoming trees it will be my last journey
My eyes will be open, so that I could see you for a last time
Don't be afraid of my eyes, I'm blessing you even in my death...

The last Sunday

Minggu yang Suram
(dalam Bahasa Indonesia)

Minggu yang suram dengan ratusan bunga berwarna putih
Aku menunggumu di sini sayangku, sembari berdoa
Di pagi ini, aku mengejar mimpiku
Kereta kesedihanku kembali kepadaku, tanpa engkau di dalamnya
sejak saat itu, jika hari Minggu datang aku selalu merasa sedih
Air yang kuminum hanyalah airmataku, roti yang aku telan hanyalah kesedihan ...

Minggu yang suram

ini minggu terakhir, sudilah engkau datang kepadaku
Akan ada seorang imam, peti mati, panggung untuk peti mayat dan selembar kafan
Akan ada bunga untukmu, bunga dan peti mati
Di bawah pohon mekar akan perjalanan terakhirku
Mataku akan terbuka, sehingga aku bisa melihatmu untuk terakhir kalinya
Janganlah kau takut aku melihatmu, karena aku memberkatimu walau ini nafas terakhirku

Minggu terakhir

 


Amacam...seram kan?tapi...benda ni sure lagi...ntah betul ntah x..tapi sejujurnya.,.sya mmg x brani mau gatal tangan check lagu ne d y.tube n dgr lagu ne...haha...bukan apa..langkah berhati-hati org ckp..hehe...apa2 pun kita sama2 Doa minta dengan Allah supaya dihindarkan dari perkara2 yang x baik =)

Wednesday 21 December 2011

7 Kebaikan Menangis..








1. Membantu penglihatan
Air mata dapat membantu penglihatan seseorang. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu titis ubat mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan dengan menangis, dengan itu mood seseorang akan datang kembali. Air mata yang dihasilkan melalui menangis kerana emosi mengandungi 24 % protein albumin yang berguna dalam menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan akibat gangguan mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosi adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.

5. Mengurangkan tekanan
Bagaimana menangis mengurangkan tekanan? Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan kawan-kawannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian. Walaupun anda diduga dengan berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama-lama perasaan itu.

Saturday 17 December 2011

setelah lama menghilang =D

Assalamualaikum guys!


Haha..x taw brapa bulan dh blog ne x ter UPDATE!hoho..sory2..al-maklumlah idea dh kurang n tahap kemalasan pulak semakin berjinak2 semenjak dua menjak ne..hehe :) so..hari ni baru lah terUPDATE~nak cerita psl apa ek?cuti??alaa...boring ar cuti tahun ni..stay kat rmah ja...k x mau la ckp sal cutii....kita ckp pasal azam tahun baru..haa...asal tahun baru jak mesti ckp pasl azam kan..haha..cakap memanglah senang..mau buatnya yg sush...tp seriously...tahun dpn.(smgat berkobar-kobar).sya mau brubah..hahaha..mau kurgkan brmain dn lbihkan study..smua org mesti mau brubah jd y lbih baik kan?x tau la pula kalau ada y "buang btabiat" mao brubah jd yg sejahat dn skejam-kejamnya huahuahua...tu dh jd lain dah...so apa lagi..guys..!sama2 kita usaha utk jd manusia y lbih brguna tuk semua..peace NO war  =D