Sunday 31 July 2011

Pengajian Am 1 (Sistem Perundangan Malaysia)

·       Yang di-Pertuan Negeri berfungsi:
  •        Berkuasa di negeri beliau berdasarkan perlembagaan negeri dan berkhidmat selama 4 tahun.
  • Yang di-Pertuan Negeri dikenali sebagai Gabenor  di Sarawak.
  •      Melantik ahli exco negeri.
  •      Memperkenan rang undang-undang.
  •      Mengampun pesalah atas nasihat Jemaah Pengampunan Negeri.
  •  Memanggil Dewan Undangan Negeri bersidang dalam tempoh sebulan setiap kali dan      membubarkan Dewan Undangan Negeri atas Nasihat Ketua Menteri.

                  
·        Raja atau Yang di-Pertuan Negeri
      (Budi bicara)

  • ·     Melantik Menteri Besar(bangsa Melayu dan beragama Islam)
  • ·         Melantik ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) atas nasihat Menteri Besar.
  • ·         Melantik imam,penghulu/penggawa,Majistret Mahkamah dan 3 orang ex-officio.
  • ·         Memanggil,merasmi,menangguh persidangan Dewan Undangan Negeri.
  • ·         Member ucapan perasmian pembukaan Dewan Undangan Negeri.
  • ·         Memperkenankan enakmen.
  • ·         Member pengampunan ke atas pesalah di Mahkamah Syariah dan Awam atas nasihat Jemaah Pengampunan Negeri.

·        Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)

·         Ialah anggota Dewan Undangan Negeri yang dipilih melalui pilihan raya. Akan memegang jawatan selama 5 tahun,kecuali jika Dewan Undangan Negeri dibubarkan lebih awal dari tempoh tersebut oleh Yang diPertuan Negeri atau Raja.   Bilangan yang dipilih adalah berbeza antara satu negeri dengan negeri lain.


·        Kriteria Pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)


  • ·         Mestilah merupakan warganegara dan pemastautin negeri berkenaan.
  • ·         Mestilah berumur tidak kurang dari 21 tahun.
  • ·         Tidak memegang jawatan berpendapatan/
  • ·         Tidak muflis.
  • ·         Tidak gila atau berpenyakit.


·        Perlucutan(mengosongkan kerusi ADUN)


  • ·         Dilucutkan jika dihukum penjara lebih satu tahun dan didenda melebihi RM 2000.
  • ·         Memperoleh pendapatan dari negara asing.
  • ·         Didapati mempunyai dua hak kewarganegaraan dan keupayaan untuk mengundi di luar negara.

·       Fungsi Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)


  • ·       Betanggungjawab secara kolektif terhadap Dewan Undangan Negeri semasa perbahasan terhadap usul diraja,usul tidak percaya dan perbahasan terhadap dasar-dasar am kerajaan.
  • ·       Mewakili rakyat untuk menyuarakan pendapat dan berbincang secara terbuka
  • ·       Mempertimbangkan jenis dan kebaikan perundangan yang dibawa kepada Dewan Undangan Negeri serta mencadangkan sebarang pindaan yang bersesuaian.
  • ·       Memeriksa akaun awam untuk memastikan wang awam dibelanja mengikut kelulusan Parlimen dan mengikut kepentingan pembayar cukai.
  • ·       Melindungi dan mempertingkatkan kepentingan yang terbaik untuk rakyat dan negeri.
  • ·       Melantik Jawatankuasa Pilihan Sementara untuk tujuan siasatan sesuatu masalah berbangkit melalui perbicaraan awam dan laporan-laporan.



·        Speaker DUN(Yang di-Pertuan Dewan Undangan Negeri)

·         Dipilih daripada ahli Dewan Undangan Negeri atau ahli di luar Dewan Undangan Negeri.
·         Merupakan pengerusi,pengendali,jurucakap Dewan Undangan Negeri.
·         Memastikan ahli Dewan Undangan Negeri mengikut tatatertib dewan dan mengambil tindakan terhadap ahli yang engkar serta melarang ahli menghadiri persidangan.
·         Tidak boleh memegang jawatan berpendapatan.



·        Pembahagian Kuasa Perundangan



Ø  Had Kuasa Undang-undang Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

·         Parlimen membuat undang-undang untuk semua Kerajaan Persekutuan manakala Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang bagi seluruh negerinya.
·         Undanng-undang negeri yang bertentangan dengan undang-undang Kerajaan Persekutuan hendaklah dibatalkan.
·         Badan Perundangan Negeri boleh menggunakan undang-undang Kerajaan Persekutuan sebagai undang-undang negeri.
·         Boleh menggubal undang-undang tentang perkara tercatat dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
·         Boleh menggubal undang-undang yang tidak disenaraikan dalam Senarai Persekutuan,Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
·         Parlimen boleh membuat undang-undang untuk negeri:
-sekiranya Badan Perundangan Negeri meminta bantuan Parlimen.
-sekiranya 2 buah negeri atau lebih ingin mempunyai undang-undang yang sama.


Ø  Hubungan Parlimen dengan Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak
·         Kebanyakan undang-undang  di negeri Sabah dan Sarawak melibatkan tanah.
·         Parlimen tidak boleh meluluskan sebarang undang-undang tentang tanah dan kerajaan Tempatan tanpa persetujuan Badan Perundangan negeri Sabah dan Sarawak.
·         Melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak,jumlah royalti dan cukai jualan tambahan boleh ditentukan oleh Kerajaan Negeri.
·         Kerajaan Negeri juga boleh mengeluarkan lessen perjudian,hak warganegara kepada penduduk asing dan kawalan imigresen.
·         Badan Perundangan Negeri boleh menggubal undang-undang tentang rancangan pembangunan khas bagi memajukan kawasan pendalaman.





Pilihan Raya

  • ·         Ditubuhkan untuk memelihara , menyelia dan mengekalkan proses demokrasi negara melalui pilihan raya yang adil dan saksama.
  • ·         Ia bebas daripada kawalan politik.
  • ·         Diadakan setiap lima tahun selepas Parlimen dibubarkan leh Yang di-Pertuan Agong.
  • ·         Pilihanraya adalah satu cara memilih wakil ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri melalui undi.
  • ·         Ahli yang dipilih dalam Dewan Rakyat selepas memenangi pilihan raya tidak boleh menjadi Ahli Dewan Negara.


Ø  Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR)


  •    -mengandungi seorang Pengerusi dan 4 orang ahli
  •  -dilantik oleh Yang Dipertuan Agung
  •  -sebuah badan bebas
  •  -pentadbiran pilihanraya diketuai oleh Setiausaha Suruhanjaya Pilihan raya
  •  -Suruhanjaya Pilihan raya
  •  -bertanggung jawab terhadap:pendaftaran pengundi, penamaan calon, pengundian.

Ø  Kriteria Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya

·         umur tak lebih 65 / 66 sekarang ,
·         tak muflis ,
·         tak pegang jawatan bergaji ,
·         bukan ahli parlimen

Ø   Kriteria Calon Pilihanraya

- berumur tidak kurang 21 tahun untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dan 30 tahun untuk   Dewan Negara
- sempurna akal
- tidak muflis
- bukan pegawai kerajaan
- tidak dihukum penjara lebih daripada setahun atau denda lebih
daripada RM 2000.
- taat setia kepada negara
- tidak memperolehi kerakyatan negara lain

Ø  Kriteria Pengundi Biasa dan Pengundi Pos

- Kelayakan mengundi mengikut Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan
- warganegara yang mencapai umur 21 tahun
- bermastautin di kawasan
- mendaftar dalam daftar pengundi
- sempurna akal
- tidak menjalani hukuman penjara
- Pengundian boleh dijalankan melalui pos bagi;
- anggota pasukan keselamatan
- pegawai kerajaan yang bertugas diluar negara
- pelajar Malaysia yang menuntut diluar negara
- pegawai pilihanraya

Ø  Cara membuat undi pos
·         Pengundian pos ini akan diadakan lebih awal iaitu sebaik sahaja kertas undi di cetak dan mereka perlu mengemukakan kertas undi tersebut yang telah ditanda ke Pejabat Pegawai Pengurus selewat-selewatnya pada jam 5.00 petang pada hari mengundi.
·         Jika sesuatu permohonan diluluskan,pegawai pengurus hendaklah mengeluarkan suatu kertas undi kepada pemohon.

Ø  Pengundi  Tidak Hadir
·         Seorang tentera yang sedang berkhidmat seperti beroperasi di dalam hutan.

Ø  Kehilangan Kelayakan Mengundi
·         tak sempurna akal
·         menjalani hukuman penjara
·         telah dikenakan hukuman mati / penjara lebih 12 bulan
·         telah menukar kewarganegaraan.

Ø  Urusan Persempadanan Semua Bahagian Pilihan Raya dan Urusan Ulang Kaji.
·         Memastikan urusan di atas diselesaikan dalam tempoh 8 bulan tidak melebihi 2 tahun dari tarikh pengumuman pilihan raya dibuat SPR.
·         Mengemas kinin undang-undang peraturan dan prisip berkaitan pilihan raya dan persempadanan.
·         Pembahagian kawasan pilihan raya ditentukan oleh jumlah penduduk dan keluasan kawasan pilihan raya.
·         Persempadanan yang dibuat tidak memasuki sempadan negeri.
·         Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengumumkan syor persempadanan dalam Warta Kerajaan dan akhbar ,serta menghantar laporan kepada Perdana Menteri.

Ø  Urusan Perjalanan Pilihan Raya(Peranan dan Tanggungjawab SPR)
·         Menyediakan peluang kepada pengundi.
·         Menyediakan pusat pengundian yang mencukupi.
·         Memastikan setiap pusat menampung tidak lebih 700 orang pengundi.
·         Mengawal pusat mengundi agar proses pengundian berjalan lancer.
·         Memastikan undi pos sampai kepada pegawai pengurus SPR sebelum pukul 5 petang pada hari pengundian.
·         Memastikan proses pengiraan undi dijalankan dalam tempoh 2 jam.
·         Memastikan keputusan pilihan raya dibuat dengan baik dan diumumkan dengan cepat.
·         Menguatkuasakan peraturan.
·         Memastikan dan mengawal agar pegawai yang dilantik menjalankan tugas dengan baik,sopan dan berkecuali.

Ø  Pilihan Raya Kecil
·         melibatkan kawasan parlimen dan DUN
·         apabila – ahli hilang kelayakan/ meletakkan jawatan / meninggal dunia
·         ADUN yang meletak jawatan tidak dibenarkan bertanding untuk tempoh 5 tahun.
·         Seseorang calon ada masa sekurang-kurangnya 4 hari untuk menyediakan kertas pencalonan termasuk perkara lain yang diperlukan.

**moga dapat manfaat dari nota yang saya kongsikan..:)




Saturday 16 July 2011

Yang Terbaik Untuk Kita =)



Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untuk Kita…

Allah tau apa yg terbaik untuk kta…ada hikmah di sebalik doa kita yg belum termakbul..bersangka baiklah dangan Allah….!

Ketika manusia berdo’a, “Ya Allah ambillah kesombonganku dariku.”Allah berkata, “Tidak. Bukan Aku yang mengambil, tapi kau yang harus menyerahkannya. “

Ketika manusia berdo’a, “Ya Allah sempurnakanlah kekurangan anakku yang cacat.”Allah berkata, “Tidak. Jiwanya telah sempurna, tubuhnya hanyalah sementara.”

Ketika manusia berdo’a, “Ya Allah beri aku kesabaran.”Allah berkata, “Tidak. Kesabaran didapat dari ketabahan dalam menghadapi cobaan, tidak diberikan, kau harus meraihnya sendiri.”

Ketika manusia berdo’a, “Ya Allah beri aku kebahagiaan. “Allah berkata, “Tidak. Kuberi keberkahan, kebahagiaan tergantung kepadamu sendiri untuk menghargai keberkahan itu.”

Ketika manusia berdo’a, “Ya Allah jauhkan aku dari kesusahan.”Allah berkata, “Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari jerat duniawi dan mendekatkanmu pada-Ku.”

Ketika manusia berdo’a, “Ya Allah beri aku segala hal yang menjadikan hidup ini nikmat.” Allah berkata, “Tidak. Aku beri kau kehidupan supaya kau menikmati segala hal.”

Ketika manusia berdo’a, “Ya Allah bantu aku MENCINTAI orang lain,Sebesar cinta-Mu padaku.
Allah berkata… “Akhirnya kau mengerti .!!”

Kadang kala kita berpikir bahwa Allah tidak adil, kita telah susah payah memanjatkan doa, meminta dan berusaha, pagi-siang-malam, tapi tak ada hasilnya.

Kita mengharapkan diberi pekerjaan, puluhan-bahkan ratusan lamaran telah kita kirimkan tak ada jawaban sama sekali, sementara orang lain   dengan mudahnya mendapatkan pekerjaan.

Kita sudah bekerja keras dalam pekerjaan mengharapkan jabatan, tapi justru orang lain yang mendapatkannya- tanpa susah payah.

Kita mengharapkan diberi pasangan hidup yang baik dan sesuai, berakhir dengan penolakkan dan kegagalan, orang lain dengan mudah berganti pasangan.

Kita menginginkan harta yang berkecukupan, namun kebutuhanlah yang terus meningkat.
Cuba kita bayangkan diri kita seperti anak kecil yang sedang demam lalu kita melihat tukang ais.

Kita yang sedang panas badannya merasa haus dan merasa dengan minum ais dapat mengubati rasa demam (maklum anak kecil). Lalu kita meminta pada orang tua kita (seperti kita berdoa memohon pada Allah) dan merengek agar dibelikan ais.

Orang tua kita tentu lebih tahu kalau ais penyakit kita lebih parah. Tentu dengan segala dalih kita tidak dibelikan ais. Orang tua kita tentu ingin kita sembuh dulu baru boleh minum ais yang lazat itu. Begitu pula dengan Allah, segala yang kita minta Allah tahu apa yang paling baik bagi kita.

Mungkin tidak sekarang, atau tidak di dunia ini Allah mengabulkannya.

Kerana Allah tahu yang terbaik yang kita tidak tahu.

Jika cepat doamu dimakbulkan, Allah sayangkanmu. Jika lewat doamu dimakbulkan, Allah sedang mengujimu. Jika doamu tidak dimakbulkan, Allah sedang merencana yang lagi baik untukmu pada masa akan datang

Ayah




Tujuh malam berteman debu sunyi
Kembali aku atas satu ilham tersimpan dalam hati
Kisah si ayah yang kasih amat seluas laut akan anak perempuan jauh.

Cerita bermula tika anak merangkak mengejar si ayah
Masih melekat kuat rasa pelukan si ayah pada jasad lemah ini
Rambut si anak disikat lurus, wajah disapu cantik dengan bedak
Sebagai pembuka si ayah buat anak perempuan kala terbit matahari.

Ayah yang aku sayang, ayah yang jadikan aku hebat berenang
Ayah yang buat anak gadis ini bijak berjaya dalam belajar
Ayah yang sentiasa ingatkan aku agar patuh pada perintah Yang Maha Esa
Ayah dan mak anugerah yang tiada pengganti dalam riwayat hidup anak ini.

Tidak akan pudar dari ingatan ini hingga tua akan jasa ayah
Umur enam tahun,ayah angkat beg berat hingga ke kelas. Bukan satu minggu tapi tiga tahun
Tempias tangan ayah pada jasad ini sentiasa buat si anak sedar akan kesilapan
Tika sedih ayah pujuk lembut, tika sedih ayah peluk usap sayang.

Hingga satu masa anak perempuan itu pergi jauh puluh ribu batu
Si anak nampak merah tangis dalam mata ayah tanpa dititis jatuh
Mak menangis, si anak menangis, tapi ayah menahan sebak tangis
Kadang tidak sanggup rasa hati untuk tatap wajah ayah dan mak.

Semua yang ayah nasihat itu betul, semua yang ayah rasakan itu betul
Hijrah anak perempuan ini pun semua yang pernah ayah rasai dulu
Hilanglah gusar hati ayah itu, anak ini tak akan mengalah.

Harapan anak agar ayah dapat bersama pada hari berjaya dengan hati lega
Penat lelah ayah bekerja mengumpul rezeki untuk keluarga akan hilang
Hati kuat, hati tabah itu hendak ditahan sebentar sahaja lagi
Di hari tua mu nanti, janji aku agar ayah dan mak senang bahagia.



Sunday 3 July 2011

.::ayuh..kmbali ke skolah..hehe:..

salam semua.. =)
hehe....skg sya jd senior dah...tp prangai maintain...mcm budak2 masih....hahahaha!msk form 6 dah sya....ni jak la rezeki yg sya dpt...dpt jg tawaran pg poli..tp x mnt la pulak...ahai....x pe la....ni psl x study baik2 la time f 5 dlu.. asyik main jep...skg just fokus mao bjaya jek...kira balas dendam la utk f 5...kna la strugle...mao MELETOP result stpm...mao jg krja bgus2 kn..ehe...tp suasana mmg jauh beza la dgn tyme f 5 dlu...dlu dia pya subjek2 2 sng+kacang sja...sya jak x study bek2...tp tyme f 6..mw meletup otak broo...pastu...skg sya x lg stu klas ngan geng2 yg dlu...yg skpala ngan sya...adui...sush jg mau kamcing ngan kwn2 bru ni...x msk la lawak dorang dngan lawak sya..2 la psal...tp sya layan2 jak le....bg  senang hati dorang....skrang sya tau dah cmna mao mghargai masa....x boleh juga sembarangan...rugi ow kalo x gna sbaik2nya masa 2....rugi besar...haha....ckgu?smua ok2 ckgu f 6 ni....sporting jugak la...satu jak f 6 ni..jangan malu mau btya klu x faham....kalo malu...mak ai...smpai bila2 la kita x tau....bcoz f 6 ne...prlu byk info..prlu byk buku rujukan jga..haa....student?byk ow plajar2 bru....dri plbgai skolah la kiranyaa...nsib baik smua ok2....hee....n last love?sush ar mau ckp psl bnda ni...sbb xda....hahaha...minat?x tau laa....haa.... ^__^