
Al-kisaahhhh....
Misteri lagu berjudul "Gloomy Sunday" yang dicipta oleh seorang penggubah lagu bernama Reszo Seress yang berketurunan Hungary masih belum terungkai lagi sehingga ke hari ini. Semuanya bermula pada tahun 1932 di mana Resza Seress berimpian menjadi terkenal dalam dunia muzik di Paris tidak kesampaian kerana semua lagu ciptaannya tidak mendapat perhatian dari penerbit muzik di negara itu. Reszo Seress tidak berputus asa demi mencapai impiannya namun masalah mula timbul apabila tunangnya meminta agar Reszo Seress mencari kerja tetap yang menjamin masa depan.
Pada hari ahad yang bersejarah pertengkaran hebat antara Seress dan tunangnya telah berlaku berhubung kerjayanya mengundang perpisahan di antara mereka disulami dendam dan benci di antara satu sama lain. Selepas pertengkaran tersebut Seress duduk di hadapan piano di rumahnya sambil merenung langit menerusi tingkap. Cuaca yang mendung ketika itu mula bertukar suasana apabila hujan mulai turun. “Ahad yang suram,” Seress berkata sendiri sambil memetik piano dan jarinya mula memainkan melodi seolah-olah mencerminkan kekecewaan yang dirasakan sewaktu berpisah dengan tunangnya. “Ya! Ahad yang suram (Gloomy Sunday)! Itu akan menjadi tajuk lagu baru aku,” kata Suress sendirian dengan gembira. Dia mencapai pensel lalu menulis nota muzik dan selesai menggubah lagu itu dalam masa 30 minit.
Kemudiannya Seress telah menghantar lagu barunya itu kepada seorang penerbit muzik dan berharap lagu kali ini akan diterima. Beberapa hari kemudian, lagu itu dikembalikan dengan nota penolakan yang mengatakan melodi Gloomy Sunday terlalu menyedihkan dan mereka tidak dapat menerimanya. Seterusnya lagu itu dihantar kepada penerbit lain dan kali ini ia diterima. Penerbit berkenaan memberitahu Seress bahawa lagunya akan diedarkan ke seluruh dunia dan ini cukup menggembirakan Seress. Namun beberapa bulan selepas Gloomy Sunday disiarkan berlaku kejadian aneh yang semuanya dikaitkan dengan lagu berkenaan.
Insiden Pertama
Di Berlin, seorang lelaki meminta lagu Gloomy Sunday dimainkan dan kemudian dia kembali ke rumah lalu menembak kepalanya selepas mengadu amat tertekan dengan melodi lagu itu yang sentiasa bermain di dalam fikirannya.
Insiden Kedua
Seminggu kemudian di bandar sama seorang pembantu kedai wanita ditemui tergantung di rumahnya. Polis yang menyiasat kes itu menemui salinan lagu Gloomy Sunday di dalam bilik tidur gadis itu.
Insiden Ketiga
Seorang setiausaha muda di New York telah membunuh diri. Pada nota yang ditemui dia meminta agar lagu Gloomy Sunday dimainkan pada hari pengebumiannya.
Insiden Keempat
Beberapa minggu kemudian seorang lagi penduduk New York berusia 82 tahun membunuh diri dengan melompat dari tingkat tujuh pangsapurinya selepas memainkan lagu Gloomy Sunday dengan piano. Tidak lama kemudian seorang remaja di Rome yang mendengar lagu itu membunuh diri dengan melompat dari jambatan.
Insiden Kelima
Sebuah akhbar melaporkan kes seorang wanita di utara London yang memainkan lagu berkenaan sebanyak 78 kali tanpa henti di rumahnya sehingga menakutkan dan menaikkan kemarahan jirannya. Mereka mengetuk rumah wanita berkenaan tetapi tiada sebarang jawapan. Mereka akhirnya memecah masuk ke dalam rumah itu dan mendapati wanita berkenaan sudah meninggal dunia.
Insiden Keenam
Kematian demi kematian aneh yang dikaitkan dengan Gloomy Sunday memaksa pegawai atasan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melarang lagu itu dimainkan. Keanehan itu turut dirasakan penggubahnya, Seress. Dia kemudiannya telah menulis surat kepada bekas tunangnya agar mereka berbaik semula. Namun beberapa hari kemudian dia menerima berita mengejutkan apabila polis memberitahu tunangnya membunuh diri dengan meminum racun. Di sisi mayatnya salinan lagu Gloomy Sunday ditemui.
Pada akhir 1930-an, apabila dunia memerangi Adolf Hitler lagu berkenaan telah dilupakan. Salinan lagu ini masih boleh didapati tetapi tidak ramai berani mendengarnya selepas mengetahui sumpahannya. Namun insiden tidak berhenti di situ sahaja apabila beberapa tahun kemudian ianya berlaku sekali lagi.
Insiden Ketujuh
Januari 1968, selepas 35 tahun berlalu kini giliran Reszo Seress menjadi mangsa. Dia gagal membunuh diri dengun terjun dari bangunan. Tidak lama kemudian dia ditemui mati gantung diri dengan menggunakan wayar di hospital.
Insiden Kelapan
Tahun 1997, Billy Mackenzie penyanyi yang merakam lagu Gloomy Sunday pada tahun 1982 juga mati membunuh diri di rumah ayahnya.Lagu Gloomy Sunday ini juga dijadikan soundtrack dari sebuah filem yang cukup popular ketika itu. Filem itu mempunyai tajuk yang sama dengan lagu tersebut. Filem Gloomy Sunday mengisahkan sebuah hubungan segitiga seorang wanita pemilik restoran di Hungaria. Selain itu ada pihak mendakwa apabila lagu Gloomy Sunday ini dimainkan secara instrumen saja pendengarnya akan tertidur dan mengalami mimpi buruk. Di negara asal Reszo Seress iaitu Hungaria telah melarang keras lagu Gloomy Sunday disiarkan kerana telah meyebabkan peningkatan kes bunuh diri di negara tersebut. Kini lagu Gloomy Sunday mempunyai pelbagai versi dan penyanyi yang mendendangkan lagu itu namun tiada siapa mahu mendengar lagu asal Gloomy Sunday ini kerana takut akan sumpahannya.
Lirik yang asli..Szomorú Vasárnap
(dalam Bahasa Hungaria)
Szomorú vasárnap száz fehér virággal
Vártalak kedvesem templomi imával
Álmokat kergető vasárnap délelőtt
Bánatom hintaja nélküled visszajött
Azóta szomorú mindig a vasárnap
Könny csak az italom kenyerem a bánat...
Szomorú vasárnap
Utolsó vasárnap kedvesem gyere el
Pap is lesz, koporsó, ravatal, gyászlepel
Akkor is virág vár, virág és - koporsó
Virágos fák alatt utam az utolsó
Nyitva lesz szemem hogy még egyszer lássalak
Ne félj a szememtől holtan is áldalak...
Utolsó vasárnap
Gloomy Sunday
(dalam Bahasa Inggris)
Gloomy Sunday with a hundred white flowers
I was waiting for you my dearest with a prayer
A Sunday morning, chasing after my dreams
The carriage of my sorrow returned to me without you
It is since then that my Sundays have been forever sad
Tears my only drink, the sorrow my bread...
Gloomy Sunday
This last Sunday, my darling please come to me
There'll be a priest, a coffin, a catafalque and a winding-sheet
There'll be flowers for you, flowers and a coffin
Under the blossoming trees it will be my last journey
My eyes will be open, so that I could see you for a last time
Don't be afraid of my eyes, I'm blessing you even in my death...
The last Sunday
Minggu yang Suram
(dalam Bahasa Indonesia)
Minggu yang suram dengan ratusan bunga berwarna putih
Aku menunggumu di sini sayangku, sembari berdoa
Di pagi ini, aku mengejar mimpiku
Kereta kesedihanku kembali kepadaku, tanpa engkau di dalamnya
sejak saat itu, jika hari Minggu datang aku selalu merasa sedih
Air yang kuminum hanyalah airmataku, roti yang aku telan hanyalah kesedihan ...
Minggu yang suram
ini minggu terakhir, sudilah engkau datang kepadaku
Akan ada seorang imam, peti mati, panggung untuk peti mayat dan selembar kafan
Akan ada bunga untukmu, bunga dan peti mati
Di bawah pohon mekar akan perjalanan terakhirku
Mataku akan terbuka, sehingga aku bisa melihatmu untuk terakhir kalinya
Janganlah kau takut aku melihatmu, karena aku memberkatimu walau ini nafas terakhirku
Minggu terakhir
Amacam...seram kan?tapi...benda ni sure lagi...ntah betul ntah x..tapi sejujurnya.,.sya mmg x brani mau gatal tangan check lagu ne d y.tube n dgr lagu ne...haha...bukan apa..langkah berhati-hati org ckp..hehe...apa2 pun kita sama2 Doa minta dengan Allah supaya dihindarkan dari perkara2 yang x baik =)