Sunday 24 June 2012

Study last minute

Ni antara tips belajar disaat akhir/last minit yang sya sendiri amalkan.
  • Bertenang
Rileks, jangan gelabah tak tentu pasal. Panik tidak membawa apa-apa faedah. Salah diri sendiri jugak siapa yang suruh study last minit? Lepas bertenang, buat penilaian terhadap subjek-subjek atau bab-bab yang perlu dipelajari. Sya selalunya mengutamakan subjek yang agak berat dulu.
  • Tumpukan Bab-Bab Penting
Bila belajar last minit ni biasanya tak sempat nak study semua bab. Seeloknya study bab-bab yang penting dulu. Keutamaan harus diberikan kat bab-bab penting ni. Kalau ada masa sy akan study bab-bab yang lain. Kalau tak sempat juga sya akan baca sekali imbas saja ikut kesesuaian.
Saat darurat macam ni highligter sangat berguna. Highligh semua isi-isi utama. Senang sikit mata nak nampak isi-isi utama tu.
  • Buat Nota Ringkas
sy pun tak pasti sama ada amalan buat nota ringkas bila study last minit ni betul atau pun tidak. Tapi itulah yang sya buat. Nota tu biar ringkas dan padat. Kalau boleh gunakan rajah atau gambar. Nak lagi best gunakan pen yang warna-warna untuk buat nota tu lebih menarik.
  • Rehat Secukupnya
Kita ni manusia bukannya robot. Badan kita perlukan rehat. Otak kita pun perlukan rehat. Berehat sekejap lepas belajar dalam satu tempoh yang lama. Bila dah study lama dan tak dapat-dapat nak faham, mungkin otak kita sudah lesu. Jadi seeloknya berehat dulu.

Pernah dengar atau terbaca tak pasal benda ni? Otak akan memindahkan maklumat yang diperolehi dari memori jangka pendek ke memori jangka panjang waktu kita tidur. Atas sebab ni selalunya aku suka tidur lepas study tapi bila belajar waktu malam aja la. saya x suka tidur siang sebab sy rasa buang masa ja kn.
P/s:nampak sgt la time2 exam baru nak study..haha,.satu lagi..jgn lupa jaga pemakanan n bagi yang muslim..tawakal+usaha...insyaAllah berjaya :D

No comments:

Post a Comment