Sunday 31 July 2011

Pengajian Am 1 (Sistem Perundangan Malaysia)

·       Yang di-Pertuan Negeri berfungsi:
  •        Berkuasa di negeri beliau berdasarkan perlembagaan negeri dan berkhidmat selama 4 tahun.
  • Yang di-Pertuan Negeri dikenali sebagai Gabenor  di Sarawak.
  •      Melantik ahli exco negeri.
  •      Memperkenan rang undang-undang.
  •      Mengampun pesalah atas nasihat Jemaah Pengampunan Negeri.
  •  Memanggil Dewan Undangan Negeri bersidang dalam tempoh sebulan setiap kali dan      membubarkan Dewan Undangan Negeri atas Nasihat Ketua Menteri.

                  
·        Raja atau Yang di-Pertuan Negeri
      (Budi bicara)

  • ·     Melantik Menteri Besar(bangsa Melayu dan beragama Islam)
  • ·         Melantik ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) atas nasihat Menteri Besar.
  • ·         Melantik imam,penghulu/penggawa,Majistret Mahkamah dan 3 orang ex-officio.
  • ·         Memanggil,merasmi,menangguh persidangan Dewan Undangan Negeri.
  • ·         Member ucapan perasmian pembukaan Dewan Undangan Negeri.
  • ·         Memperkenankan enakmen.
  • ·         Member pengampunan ke atas pesalah di Mahkamah Syariah dan Awam atas nasihat Jemaah Pengampunan Negeri.

·        Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)

·         Ialah anggota Dewan Undangan Negeri yang dipilih melalui pilihan raya. Akan memegang jawatan selama 5 tahun,kecuali jika Dewan Undangan Negeri dibubarkan lebih awal dari tempoh tersebut oleh Yang diPertuan Negeri atau Raja.   Bilangan yang dipilih adalah berbeza antara satu negeri dengan negeri lain.


·        Kriteria Pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)


  • ·         Mestilah merupakan warganegara dan pemastautin negeri berkenaan.
  • ·         Mestilah berumur tidak kurang dari 21 tahun.
  • ·         Tidak memegang jawatan berpendapatan/
  • ·         Tidak muflis.
  • ·         Tidak gila atau berpenyakit.


·        Perlucutan(mengosongkan kerusi ADUN)


  • ·         Dilucutkan jika dihukum penjara lebih satu tahun dan didenda melebihi RM 2000.
  • ·         Memperoleh pendapatan dari negara asing.
  • ·         Didapati mempunyai dua hak kewarganegaraan dan keupayaan untuk mengundi di luar negara.

·       Fungsi Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)


  • ·       Betanggungjawab secara kolektif terhadap Dewan Undangan Negeri semasa perbahasan terhadap usul diraja,usul tidak percaya dan perbahasan terhadap dasar-dasar am kerajaan.
  • ·       Mewakili rakyat untuk menyuarakan pendapat dan berbincang secara terbuka
  • ·       Mempertimbangkan jenis dan kebaikan perundangan yang dibawa kepada Dewan Undangan Negeri serta mencadangkan sebarang pindaan yang bersesuaian.
  • ·       Memeriksa akaun awam untuk memastikan wang awam dibelanja mengikut kelulusan Parlimen dan mengikut kepentingan pembayar cukai.
  • ·       Melindungi dan mempertingkatkan kepentingan yang terbaik untuk rakyat dan negeri.
  • ·       Melantik Jawatankuasa Pilihan Sementara untuk tujuan siasatan sesuatu masalah berbangkit melalui perbicaraan awam dan laporan-laporan.



·        Speaker DUN(Yang di-Pertuan Dewan Undangan Negeri)

·         Dipilih daripada ahli Dewan Undangan Negeri atau ahli di luar Dewan Undangan Negeri.
·         Merupakan pengerusi,pengendali,jurucakap Dewan Undangan Negeri.
·         Memastikan ahli Dewan Undangan Negeri mengikut tatatertib dewan dan mengambil tindakan terhadap ahli yang engkar serta melarang ahli menghadiri persidangan.
·         Tidak boleh memegang jawatan berpendapatan.



·        Pembahagian Kuasa Perundangan



Ø  Had Kuasa Undang-undang Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

·         Parlimen membuat undang-undang untuk semua Kerajaan Persekutuan manakala Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang bagi seluruh negerinya.
·         Undanng-undang negeri yang bertentangan dengan undang-undang Kerajaan Persekutuan hendaklah dibatalkan.
·         Badan Perundangan Negeri boleh menggunakan undang-undang Kerajaan Persekutuan sebagai undang-undang negeri.
·         Boleh menggubal undang-undang tentang perkara tercatat dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
·         Boleh menggubal undang-undang yang tidak disenaraikan dalam Senarai Persekutuan,Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
·         Parlimen boleh membuat undang-undang untuk negeri:
-sekiranya Badan Perundangan Negeri meminta bantuan Parlimen.
-sekiranya 2 buah negeri atau lebih ingin mempunyai undang-undang yang sama.


Ø  Hubungan Parlimen dengan Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak
·         Kebanyakan undang-undang  di negeri Sabah dan Sarawak melibatkan tanah.
·         Parlimen tidak boleh meluluskan sebarang undang-undang tentang tanah dan kerajaan Tempatan tanpa persetujuan Badan Perundangan negeri Sabah dan Sarawak.
·         Melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak,jumlah royalti dan cukai jualan tambahan boleh ditentukan oleh Kerajaan Negeri.
·         Kerajaan Negeri juga boleh mengeluarkan lessen perjudian,hak warganegara kepada penduduk asing dan kawalan imigresen.
·         Badan Perundangan Negeri boleh menggubal undang-undang tentang rancangan pembangunan khas bagi memajukan kawasan pendalaman.





Pilihan Raya

  • ·         Ditubuhkan untuk memelihara , menyelia dan mengekalkan proses demokrasi negara melalui pilihan raya yang adil dan saksama.
  • ·         Ia bebas daripada kawalan politik.
  • ·         Diadakan setiap lima tahun selepas Parlimen dibubarkan leh Yang di-Pertuan Agong.
  • ·         Pilihanraya adalah satu cara memilih wakil ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri melalui undi.
  • ·         Ahli yang dipilih dalam Dewan Rakyat selepas memenangi pilihan raya tidak boleh menjadi Ahli Dewan Negara.


Ø  Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR)


  •    -mengandungi seorang Pengerusi dan 4 orang ahli
  •  -dilantik oleh Yang Dipertuan Agung
  •  -sebuah badan bebas
  •  -pentadbiran pilihanraya diketuai oleh Setiausaha Suruhanjaya Pilihan raya
  •  -Suruhanjaya Pilihan raya
  •  -bertanggung jawab terhadap:pendaftaran pengundi, penamaan calon, pengundian.

Ø  Kriteria Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya

·         umur tak lebih 65 / 66 sekarang ,
·         tak muflis ,
·         tak pegang jawatan bergaji ,
·         bukan ahli parlimen

Ø   Kriteria Calon Pilihanraya

- berumur tidak kurang 21 tahun untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dan 30 tahun untuk   Dewan Negara
- sempurna akal
- tidak muflis
- bukan pegawai kerajaan
- tidak dihukum penjara lebih daripada setahun atau denda lebih
daripada RM 2000.
- taat setia kepada negara
- tidak memperolehi kerakyatan negara lain

Ø  Kriteria Pengundi Biasa dan Pengundi Pos

- Kelayakan mengundi mengikut Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan
- warganegara yang mencapai umur 21 tahun
- bermastautin di kawasan
- mendaftar dalam daftar pengundi
- sempurna akal
- tidak menjalani hukuman penjara
- Pengundian boleh dijalankan melalui pos bagi;
- anggota pasukan keselamatan
- pegawai kerajaan yang bertugas diluar negara
- pelajar Malaysia yang menuntut diluar negara
- pegawai pilihanraya

Ø  Cara membuat undi pos
·         Pengundian pos ini akan diadakan lebih awal iaitu sebaik sahaja kertas undi di cetak dan mereka perlu mengemukakan kertas undi tersebut yang telah ditanda ke Pejabat Pegawai Pengurus selewat-selewatnya pada jam 5.00 petang pada hari mengundi.
·         Jika sesuatu permohonan diluluskan,pegawai pengurus hendaklah mengeluarkan suatu kertas undi kepada pemohon.

Ø  Pengundi  Tidak Hadir
·         Seorang tentera yang sedang berkhidmat seperti beroperasi di dalam hutan.

Ø  Kehilangan Kelayakan Mengundi
·         tak sempurna akal
·         menjalani hukuman penjara
·         telah dikenakan hukuman mati / penjara lebih 12 bulan
·         telah menukar kewarganegaraan.

Ø  Urusan Persempadanan Semua Bahagian Pilihan Raya dan Urusan Ulang Kaji.
·         Memastikan urusan di atas diselesaikan dalam tempoh 8 bulan tidak melebihi 2 tahun dari tarikh pengumuman pilihan raya dibuat SPR.
·         Mengemas kinin undang-undang peraturan dan prisip berkaitan pilihan raya dan persempadanan.
·         Pembahagian kawasan pilihan raya ditentukan oleh jumlah penduduk dan keluasan kawasan pilihan raya.
·         Persempadanan yang dibuat tidak memasuki sempadan negeri.
·         Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengumumkan syor persempadanan dalam Warta Kerajaan dan akhbar ,serta menghantar laporan kepada Perdana Menteri.

Ø  Urusan Perjalanan Pilihan Raya(Peranan dan Tanggungjawab SPR)
·         Menyediakan peluang kepada pengundi.
·         Menyediakan pusat pengundian yang mencukupi.
·         Memastikan setiap pusat menampung tidak lebih 700 orang pengundi.
·         Mengawal pusat mengundi agar proses pengundian berjalan lancer.
·         Memastikan undi pos sampai kepada pegawai pengurus SPR sebelum pukul 5 petang pada hari pengundian.
·         Memastikan proses pengiraan undi dijalankan dalam tempoh 2 jam.
·         Memastikan keputusan pilihan raya dibuat dengan baik dan diumumkan dengan cepat.
·         Menguatkuasakan peraturan.
·         Memastikan dan mengawal agar pegawai yang dilantik menjalankan tugas dengan baik,sopan dan berkecuali.

Ø  Pilihan Raya Kecil
·         melibatkan kawasan parlimen dan DUN
·         apabila – ahli hilang kelayakan/ meletakkan jawatan / meninggal dunia
·         ADUN yang meletak jawatan tidak dibenarkan bertanding untuk tempoh 5 tahun.
·         Seseorang calon ada masa sekurang-kurangnya 4 hari untuk menyediakan kertas pencalonan termasuk perkara lain yang diperlukan.

**moga dapat manfaat dari nota yang saya kongsikan..:)




No comments:

Post a Comment