Sunday 9 October 2011

Senaman sebentar =)


SKIPPING=“Skipping’ juga adalah antara senaman ringkas dan mudah yang boleh anda lakukan pada bila-bila masa sahaja. Anda hanya memerlukan seutas tali ‘skipping’ dan ruang yang mencukupi. Walaupun agak mudah tetapi manfaat yang bakal anda perolehi daripada ‘skipping’ hampir sama dengan jongging. Ia membantu menguatkan otot-otot lengan, perut, paha dan juga boleh mengurangkan lemak dalam badan anda.

Hula hoop=Anda ingin merampingkan pinggang dan perut? Cubalah hula hoop! Ketika ia berpusing di sekeliling pinggang, anda akan merasakan tekanan dibahagian pinggang, perut dan pinggul. Ia sebenarnya sedang melatih otot-otot bahagian tengah tubuh anda agar lebih ramping dan seksi. Untuk lebih menyeronokkan, lakukan aktiviti ini dengan diiringi muzik yang berirama 'upbeat'.



Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment